Click here


January 20, 2012

Wedding card invitation (testing)







January 03, 2012

Shoot for Ad Closet new Stock

Requested from Ad Closet untuk shoot koleksi baju2 dia yang baru sampai. So kalau nak tengok banyak lagi boleh tengok dekat
http://www.facebook.com/pages/Adcloset-by-Arwen/109653359117946











December 27, 2011

Dragan Effect ( easy toturial) BI/BM

(English)
Assalamualaikum and HI:)


recent now, many of photoeditor need something new in editing photos, so I suggest to you this cool toturial  that I have found in the internet. This calls Dragan photo effect. Those who want to learn, check this out.



1. Open any of your photos that you think suitable with this photo effect, and go on to Image > Adjustment Layer > Level.
set the shadows to 40 according to the graph above
*you can adjust the colors to get the yellowish hue.
hit OK.

2. Go on to Image > Adjustment Layer > Hue & saturation.
set the Saturation more or less -45. Hit OK.

3. Just go to Image > Adjustment Layer > Curve.
make 3 dots above the line to set the tones.

4. Right click above the background layer and hit Duplicate layer

5. Once you done, with the 2nd layer, go to Filter > Other > High Pass and hit OK.


6. Put overlay as the blend mode at the 2nd layer and 50% for the opacity
Then right click on the 2nd layer and choose merge down.

   Bingo! You do now! It is easy to picture the effect of creating Dragan photo effect.There are so many tutorials created it, but maybe some of you doesn't know much about it, so this toturial may help you.

MHJP

(Bahasa Melayu. *Ini bukan translate)
Assalamualaikum and HI:)


Sekarang, ramai photoeditor memerlukan sesuatu yang baru dalam editing. Jadi saya akan berkongsi toturial yang saya jumpa dalam internet yang saya rasa agak cool untuk dikongsi bersama. kepada yang masih tak tahu apa itu Dragan, Jom tengok!



1. Buka mana-mana gambar yang anda fikir sesuai untuk photo effect ini, dan pergi ke Image > Adjustment Layer > Level.
setkan shadows kepada 40 (rujuk gambar diatas)

2. Kemudian pergi semula ke Image > Adjustment Layer > dan pilih Hue & saturation.
tetapkan Saturation lebih atau kurang daripada -45. Tekan OK.

3. Pergi semula ke Image > Adjustment Layer > dan pilih Curve.
buat 3 titik diatas line. ianya untuk menentukan tones.

4. Kemudian Right Click pada layer background dan pilih Duplicate layer

5.Dengan layer kedua, pergi ke Filter > Other > High Pass, tekan OK.


6. Tetapkan overlay sebagai blend mode dan 50% untuk opacity
kemudian right click pada layer kedua dan pilih merge down.

   Bravo! Bravo! Bravo!
Tutorial ini hanyalah tutorial ringkas dalam menghasilkan Dragan Effect. Banyak lagi cara untuk menghasilkan effect ini yang boleh anda pelajari, tetapi saya cuma mengenengahkan sesuatu yang senang dipelajari semua. bagi yang dah expert tu lain cerita lah brooo! Assalamualaikum :)

MHJP

December 26, 2011

Dragan Effect

Trying new photo effect, Dragan. So this is the result.


December 25, 2011

21 Disember photoshoot. talent { Nouf, Syamin, Naniy }

Shoot ini request dari Aida, iaitu Owner kepada Ad Modelling. Jadi saya cuba tema belon dan juga alam semula jadi.






Shamilia




NOUF




NANIY



December 17, 2011

Tips memilih kamera



Berikut adalah pandangan tentang pemilihan kamera daripada salah seorang blogger iaitu Reezluv.
check this out!




Pemilihan kamera merupakan salah satu perkara yang memeningkan kebanyakan yang baru nak mula dalam bidang fotografi ini. Tak kira la korang baru nak mula sebagai hobi atau nak jadikan terus sebagai kerjaya. Tapi korang harus juga ingat iaitu pemahaman mengenai teknologi kamera juga perlu di samping pemahaman dalam bidang fotografi ini juga penting jika korang nak lakukannya sebagai kerjaya.Entry kali ini adalah berikutan daripada post yang dibuat oleh sebuah blog fotografi yang amat bermanfaat bagi korang yang nak tahu lebih lagi tentang dunia fotoragfi ni iaitu Fototeacher


Harga
-perkara paling penting adalah harga atau bajet yang korang dah tetapkan untuk sesuatu kamera. Kalau korang bajet dalam RM2000-RM3000 sahaja. Jangan lah nak impikan kamera yang setanding dengan pro-pro photographer yang lain tu yang dah mempunyai berpuluh-puluh jenis body yang mahal-mahal…pastikan anda masih dalam bajet.Cara untuk mencari jenis kamera yang dalam bajet anda cukup mudah. Caranya adalah seperti berikut.
1.Masuk ke laman Ebay Malaysia atau Lelong.com.my atau Shashinki
2.Search dengan keyword “DSLR”
3.Kemudian pada sebelah kiri laman Ebay tersebut akan terpapar range harga yang boleh anda dapat untuk anda search dengan lebih tepat lagi mengikut bajet anda itu.
Tips tentang harga ini sebenarnya boleh dibuat dengan cara lebih susah iaitu pergi ke setiap kedai seperti di Plaza Lowyat, Pertama, Sg Wang dan banyak lagi.Jadi sekarang anda dah tahu range harga dan jenis kamera yang anda akan dapat dengan harga yang anda telah tentukan itu.
Jenis atau Model Kamera
-Seterusnya jika terdapat 2 jenis model kamera atau lebih yang masih dalam bajet anda itu, tentu anda keliru, yang mana satu menjadi pilihan.Mudah sahaja sebenarnya..jika korang ada ramai kawan yang pakai Nikon, adalah lebih baik korang beli model Nikon, dan begitu juga sebaliknya. Tetapi kalau takde kawan yang pakai macam mana?
Korang boleh dapatkan antara jenama kamera yang paling popular digunakan seperti link dibawah ini
Nasihat aku cuma satu..walau secanggih mana pun kamera korang gunakan, tapi korang masih tak paham tentang perkara basic tentang kamera DSLR, adalah lebih baik korang mulakan dengan kamera yang sederhana fungsinya.
Aksesori
-aksesori memang penting untuk kamera DSLR..sebenarnya ia bukan digelar sebagai aksesori, tetapi lebih kepada sebahagian daripada kamera itu sendiri selain lense dan body.Contoh seperti Speedlight,Remote,Battery Grip, dan juga tripod. Beg kamera juga penting kerana tanpa beg, sukar untuk korang bawak kemana-mana yang korang suka.Jika korang bermula dengan basic, cukup la takat ada Body, lense,speedlight dan juga tripod..itu je dah cukup..tak payah nak pikir beli Fisheye,Ultra Wide Angle dan sebagainya..
Storan/Memori Kad
-memori kad amat penting untuk menyimpan kesemua gambar yang disnap tu.Ada banyak jenis memori kad dan banyak space yang ada.Contohnya seperti 4GB,8GB, 16Gb dan juga 32GB..4GB sudah memadai bagi korang yang baru nak mula tu dan jangan express sangat sampai teruja nak beli sampai 32GB..tengok dulu harganya ye..hehe..
Shuttercount
-tahu tak korang yang setiap kamera ada jangka hayatnya? Begitu gak ngan DSLR..info lebih dalam korang boleh dapat di sini.Tapi jangan la sebab shuttercountnya sikit korang berkira sangat nak snap picture dan belajar photography ni sebab dalam pembelajaran tu, mesti la kena keluar modal sikit dan usaha kena la gigih ye tak? Baru la dapat hasil yang baik..:P
Rasanya cukup setakat ini tips untuk pemilihan kamera.Lagi satu nasihat adalah..korang tak payah nak argue mana satu jenama paling best..sebab teknologi kamera sentiasa berubah-ubah dan dalam masa setahun dua sahaja,mungkin kamera korang tu pun dah dianggap tak best..Nikon,Canon,Sony,Olympus..semua sama jek..yang penting adalah siapa di belakang kamera tersebut dan gambar yang diambil cantik dan sedap dipandang…tak gitu? :P

sumber:http://reezluv.com/2010/01/tips-memilih-kamera-apa-yang-anda-harus-tahu/

December 04, 2011

Menangkap gambar Sunset








Memotretkan gambar sunset dan sunrise adalah salah satu ”gambar wajib“ yang setiap seorang penggemar fotografi perlu ada. Kalau anda semua pernah mencuba untuk menangkap gambar sunset tetapi hasilnya kurang memuaskan, cuba tips ini untuk membuatkan hasil gambar anda bertambah baik.








Lakukan Persiapan Sebaik-baiknya
Sunset dan sunrise hanya berlaku sekitar setengah jam. Untuk itu kita harus melakukan persiapan rapi sebelumnya. Pastikan datang lebih awal dan pastikan anda sudah tahu dari titik sebelah mana anda akan menangkap gambar sunset tersebut. Sebelum menangkap gambar sunset, buat pemerhatian dahulu tentang tempat tersebut. Untuk memastikan anda tidak terlambat , pastikan anda tahu pukul berapa matahari itu akan keluar. Juga pastikan peralatan sudah siap: kamera – lens– tripod (jika ada) serta aksesori lainnya sudah dipasang & disetting dengan baik






Jangan Terpaku Pada Wide Angle
menangkap gambar sunset dan sunrise menggunakan lens sudut lebar (wide angle) merupakan perkara biasa, namun jangan terpaku hanya menggunakan lens tersebut (kalau anda memang punya pilihan lain).
Bawalah Tripod
Jika anda ingin melakukan teknik long shutter – membuat HDR atau panorama: tripod wajib dibawa
Gunakan Manual Focus
Kerana sunset dan sunrise memiliki kualiti cahaya yang ekstrim, kadang2 kamera akan mengalami kesulitan mendapatkan titik focus jika anda menggunakan mode auto focus, tukarkan ke mode manual supaya waktu kita tidak sia-sia hanya dengan mencari titik focus sahaja.

Gunakan Preset White Balance Cloudy
Ubahlah setting white balance anda ke cloudy. Setting white balance ini akan membuat foto sunset atau sunrise lebih hangat dan warnanya lebih “mengancam”, dibandingkan kalau menggunakan setting white balance auto. Atau jika anda suka bereksperimen, cubalah setting white balance yang lain.
Gunakan Spot Metering (SLR dan Prosumer) atau Sunset Scene (Untuk Kamera Poket)
Untuk memperoleh exposure yang tepat, gunakan mode metering spot jika anda memiliki kamera SLR dan prosumer, atau gunakan mode scene sunset/ sunrise jika anda menggunakan kamera poket



sumber: WeddingkuMagazine – 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best WordPress Web Hosting