Click here


November 27, 2011

Tips asas untuk Mengambil Gambar

Tips asas untuk Mengambil Gambar

10 Tips untuk Mengambil Gambar

1. Amati Background
Kadang-kadang latar belakang itu akan menjadi lebih penting dalam suatu komposisi gambar berbanding dengan latar depannya atau focus pointnya. Ambillah latar belakang yang sederhana, sehingga objek utama akan kelihatan lebih menonjol.Dan pastikan tidak ada unsur-unsur yang mengganggu pemandangan seperti pokok-pokok yang terlampau banyak disekitar kepala.


2. Lihat keluar rumah jika membolehkan
Pada hampir setiap kes, cahaya matahari akan menghasilkan gambar yang lebih baik dengan warna yang alami. Seperti warna kulit, jika dibandingkan dengan cahaya tiruan seperti pada cahaya lampu blitz. Blitz indoor akan menghasilkan warna yang tidak sesuai dengan asalnya dan kontras yang kasar pada background gelap.


3. Gunakan Lampu Blitz outdoor
Sinar matahari yang terang boleh membuat bayang-bayang, terutama di sekitar wajah. Maka gunakan blitz outdoor anda untuk menghilangkan bayangan-bayangan tersebut. Agar mendapat objek yang cerah secara keseluruhan pula selaras dengan latar yang cerah terkena cahaya matahari.


4. Kenali kamera anda. Dan ini memerlukan pengalaman.
Setiap kamera mempunyai ciri-ciri yang berbeza-beza. Baik lampu flashnya mahupun titik fokusnya. Mulakan belajar menggunakan kamera dengan mengambil gambar dengan satu kamera tapi caranya yang berbeza-beza. Cuba mengambil gambar dengan flash dihidupkan, kemudian flash dimatikan, kemudian beri jarak 5 kaki, kemudian 10 kaki, atau close up.Dengan cara tersebut anda akan dapat mengetahui batasan-batasan dan kemampuan yang dimiliki oleh kamera anda.Dengan begitu anda akan boleh memilih cara terbaik untuk menggunakan kamera anda.


5. Dekat ke object tapi jangan terlalu dekat
Rakan anda mungkin akan mengatakan kalau gambar anda terlalu dekat. Namun, kebanyakan gambar yang menarik adalah gambar yang dapat memperlihatkan detail gambar tersebut sehingga melihatkan ianya seakan-akan hidup. Ekspresi wajah tidak akan dapat dilihat dari jarak jauh. Anda juga mesti mendapatkan pencahayaan yang lebih baik jika jarak anda tidak terlalu jauh. Namun jika gambar anda kelihatan kabur, maka itu tandanya anda terlalu dekat dengan objek. Dan sekali lagi saya tekankan bahawa fokus kamera anda harus selalu dijaga. Kerana macam mana baguspun sesuatu objek tetapi focusnya tidak betul ianya tetap nampak suram.

6. Belajarlah untuk mengambil gambar dalam kedudukan menegak
Dengan latihan kecil, dari turun gambar secara horizontal menjadi menegak akan mendapatkan gambar yang natural. Jika objek yang anda ambil gambarnya ternyata lebih tinggi dari lebarnya, main kamera anda 90 darjah untuk memaksimumkan objek anda.


7. Tidak semua orang akan suka untuk tersenyum chis ...
Hasil foto candid biasanya akan lebih baik daripada hasil yang anda dapatkan ketika mengambil gambar dengan orang tersebut mengatakan "chis ...". Senyuman yang dipaksakan istilahnya. Namun jika anda perlu mendapatkan perhatian dari orang-orang sebagai objek anda, cuba untuk menggunakan sesuatu yang berbeza daripada biasa. Bukan mengatakan "Chis .." lagi, tapi mungkin dengan gaya ala anda sendiri sehingga mendapatkan senyuman sebenar.
Sebelum anda mengambil gambar, perhatikan terlebih dahulu persekitaran yang mungkin akan dapat mempengaruhi hasil foto anda. Jika ada kaca atau sesuatu yang boleh memantulkan cahaya seperti cermin di belakang objek anda, jangan mengambil gambar lurus dengan cahaya matahari, kerana akan memantul pada lensa kamera anda. Dan tentu hasilnya tidak akan kelihatan kerana kalah dengan cahaya matahari. Kecuali jika pada saat itu terjadi gerhana matahari.


8. Ambil gambar dalam jumlah yang banyak
Cara paling mudah adalah anda mengambil gambar sebanyak-banyaknya untuk dapat anda banding-bandingkan. Setelah memory card anda penuh, kemudian anda boleh memindahkannya ke PC anda. Dan setelah itu memory anda bersihkan, dan ambil gambar lagi.

sumber:kalasanmultimedia.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best WordPress Web Hosting